Tentang Kita

WhyQ ditubuhkan pada 2014, mengukuhkan ekosistem digital yang memberi platform kepada penjaja menghantar makanan yang dimasak, membuat pesanan bekalan bahan mentah borong menerusi sistem POS. Sebagai perkhidmatan makanan penjaja terbesar di Singapura, WhyQ mempunyai rangkaian rakan penjaja sebanyak 2,500 gerai menghubungkan kepada lebih 220,000 pelanggan dan penghantaran sebanyak 3,000 hidangan setiap hari.

Aplikasi WhyQ eBiz pula menawarkan platform yang 100% percuma dan mudah untuk perniagaan yang menjual produk atau menawarkan perkhidmatan. WhyQ eBiz adalah aplikasi ‘one-stop centre’ untuk perniagaan mikro dan kecil untuk mencipta link e-kedai sendiri, kongsi di semua platform media sosial dan akhirnya menguruskan pesanan barangan secara mudah menerusi aplikasi WhyQ eBiz. Berpandukan senarai 17,000 peniaga, aplikasi WhyQ eBiz akan terus berusaha untuk kekal menjadi platform perniagaan yang boleh membantu mengembangkan perniagaan mikro dan kecil tanpa kos.